Agong, Permaisuri ucap Selamat Menyambut Vishu

 Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Vishu kepada masyarakat Malayalee di negara ini.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Vishu kepada masyarakat Malayalee di negara ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Vishu kepada masyarakat Malayalee di negara ini.

Dalam catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar masyarakat berkenaan dilimpahi keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan.

"Semoga perayaan ini membawa keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua masyarakat Malayalee di Malaysia,” menurut catatan itu.

Perayaan itu disambut pada hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!