Keputusan MKT menafikan kewujudan kem dalam UMNO
PUTRAJAYA - Keputusan sebulat suara Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang memutuskan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dilihat menafikan dakwaan kewujudan kem dalam parti itu.
Jelas Ismail Sabri, keputusan itu juga menunjukkan UMNO terus bersatu dari akar umbi ke pucuk pimpinan.
"Keputusan semalam (Khamis) jelas menunjukkan bahawa apa yang diperkatakan oleh masyarakat adalah tidak benar kerana solidariti UMNO terus kukuh dan kuat," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan dan merasmikan Kedai Koperasi Komuniti (Coop Mart) dekat sini pada Jumaat.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!