Bawa penumpang lebih muatan punca bot karam

Operasi Carilamat dua lagi mangsa sedang giat dilakukan di perairan Pulau Timbun Mata, Semporna.
Operasi Carilamat dua lagi mangsa sedang giat dilakukan di perairan Pulau Timbun Mata, Semporna.
A
A
A

SEMPORNA - Penumpang melebihi muatan dipercayai punca bot dinaiki 21 penumpang itu karam sehingga menyebabkan lima maut dan dua lagi hilang dalam kejadian di perairan Pulau Timbun Mata, di sini pada malam Khamis.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, keadaan cuaca yang kurang baik ketika kejadian turut menyebabkan bot berkenaan terbalik.

"Dipercayai mungkin muatan melebihi had dan dalam masa sama cuaca tidak mengizinkan dipercayai menyebabkan bot dilambung ombak dan terbalik seterusnya karam.

"Akibat kejadian itu, lima mangsa maut dan dua hilang sehingga kini belum ditemui manakala selebihnya berjaya diselamatkan," katanya dalam sidang akhbar di sini, pada Jumaat.

Katanya lagi, hasil siasatan mendapati ada mangsa mempunyai talian persaudaraan.

"Setakat ini, mangsa yang masih belum ditemui Noranis, 14,dan Aiman, 6, dari Kampung Sungai Nakit.

"Ada mangsa dipercayai mempunyai ikatan kekeluargaan iaitu mangsa meninggal dan yang hilang," katanya.

Norrimi berkata, Maritim Malaysia telah mengkordianasikan Operasi Carilamat mangsa dengan bantuan agensi lain.

Artikel Berkaitan:

"Kawasan pencarian mangsa terbahagi kepada empat sektor dengan keluasan 68 batu nautika persegi dan

Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada semua komuniti maritim untuk melaporkan sebarang maklumat berkaitan kes ini kepada Pusat Operasi Zon Maritim Semporna di talian 089-782619, " katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Mohd Farhan Lee berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan dari semua sudut.

"Punca kejadian masih dalam siasatan. Pihak polis akan menjalankan siasatan dari semua segi.

"Pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 304 A Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!