Wanita pertama menang 'Afghan American Idol'

No Image Caption
A
A
A

KABUL - AFGHANISTAN. Seorang wanita Afghanistan menjadi peserta pertama memenangi pertandingan nyanyian popular, American Idol versi tempatan yang telah berlangsung selama 14 musim.

Zahra Elham yang berusia lingkungan 20-an berasal dari etnik minoriti Hazara dinobatkan sebagai pemenang menewaskan peserta lelaki yang berada di tempat kedua ketika pusingan akhir pada Khamis lalu.

"Saya sangat gembira. Saya tidak dapat menggambarkan perasaan ini. Hari ini, saya mewakili seluruh wanita Afghanistan. Hari ini, tidak hanya Zahra Elham yang menang, tetapi juga kemenangan buat semua wanita," katanya sambil menitiskan air mata gembira.

Sebelum ini, wanita yang memiliki nada suara yang tinggi dan serak basah itu pernah menyuarakan hasrat untuk memecahkan tradisi pemenang yang biasanya terdiri daripada peserta lelaki.

Beberapa pengguna media sosial turut mengucapkan tahniah atas kemenangannya.

"Kemenangan anda adalah satu tamparan kepada golongan lelaki Afghanistan," ujar Sonita Rasa di Facebook milik Zahra.

Seorang lagi pengguna media sosial dikenali sebagai Tanin berkata, 'Harap anda tidak akan 'hilang' selepas kemenangan besar ini dan berharap keadaan membolehkan anda meneruskan impian anda'. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!