Saya paling bahagia jika PH menang PRU15: Nurul Izzah

Tangkap layar hantaran Nurul Izzah di laman Facebook pada Jumaat (Gambar kecil) Nurul Izzah
Tangkap layar hantaran Nurul Izzah di laman Facebook pada Jumaat (Gambar kecil) Nurul Izzah
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menyifatkan beliau merupakan individu paling bahagia dalam negara sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Bekas Naib Presiden PKR itu berkata, kemenangan PH itu mungkin akan menjadi kenyataan sekiranya peratusan keluar mengundi pada pilihan raya nanti mencatatkan angka yang tinggi.

"Maka, keluar beramai-ramai pengundi budiman sekalian. Sertai usaha kita, sertai ayuh Malaysia," katanya dalam hantaran di laman Facebook pada Jumaat.

Hantaran tersebut ditulis sebagai respon kepada pandangan tiga pemimpin PH yang tidak bersetuju dengan jangkaannya mengenai tempoh masa yang diperlukan gabungan itu untuk kembali menawan Putrajaya.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan, Nurul Izzah meramalkan PH mungkin memerlukan sekurang-kurang lima tahun atau dua pusingan PRU lagi untuk kembali menguasai Putrajaya.

Beliau berkata, PH juga diramal bakal menghadapi laluan sukar dan mungkin kehilangan banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU15 nanti.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!