ACL 2022: Kawasaki Frontale, Ulsan Hyundai terikat di Larkin

Antara aksi menarik ketika Kawasaki Frontale menentang Ulsan Hyundai dalam saingan pembuka tirai Kumpulan I, Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin pada Jumaat. FOTO: AFC Champions League
Antara aksi menarik ketika Kawasaki Frontale menentang Ulsan Hyundai dalam saingan pembuka tirai Kumpulan I, Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin pada Jumaat. FOTO: AFC Champions League
A
A
A

JUARA Liga Jepun, Kawasaki Frontale sekadar berkongsi satu mata dengan kelab Korea Selatan, Ulsan Hyundai selepas terikat 1-1 dalam aksi pembuka tirai saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin pada Jumaat.

Babak pertama perlawanan Kumpulan I itu menyaksikan pasukan Ulsan Hyundai FC, yang juga pemenang aksi play-off antara kelab memperoleh gol pendahuluan pada minit ke-20 menerusi pemain kelahiran Brazil, Leonardo Nascimento.

Tersentak dengan gol itu, Kawasaki Frontale bangkit dengan beberapa percubaan, namun gagal menjaringkan gol sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Kawasaki Frontale terus menggandakan asakan untuk mendapatkan gol penyamaan namun percubaan mereka berjaya dinafikan penjaga gawang lawan Hong Myung Bo.

Begitupun kelab dari negara matahari terbit yang terus melancarkan gerakan dan akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit akhir perlawanan menerusi jaringan Shintaro Kurumaya dan kedudukan 1-1 itu kekal sehingga wisel penamat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!