Berkongsi rezeki bersama Supercube

Hayfa Amira bersama suami yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Supercube, Aizuddin Alif Yusof hadir pada program Iftar ala Madinah @Karangkraf pada Khamis.
Hayfa Amira bersama suami yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Supercube, Aizuddin Alif Yusof hadir pada program Iftar ala Madinah @Karangkraf pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Syarikat milik penuh bumiputera, Supercube International Sdn Bhd (Supercube) mengalu-alukan orang ramai terutama dari luar Selangor dan Kuala Lumpur untuk menyertai perniagaan tanpa modal menerusi penjualan produk berkualiti tanpa risiko.

Pengasas Supercube, Hayfa Amira Ahmad Kamal berkata, sehingga kini terdapat lebih 26,000 ejen rangkaian produk keluaran syarikat berkenaan dengan majoritinya berpangkalan di kedua-dua negeri itu.

"Kami sangat mengalu-alukan usahawan dan orang ramai dari luar Selangor dan Kuala Lumpur untuk menyertai perniagaan bersama Supercube.

"Mereka tidak perlu bimbang tentang kualiti produk kerana kami mempunyai data yang membuktikan rangkaian produk keluaran syarikat ini bermutu dan berkesan.

"Atas faktor itulah kami bertahan dan berkembang dengan baik kerana tempahan semakin bertambah. Ini membuktikan produk Supercube berkualiti dan kami memerlukan ejen yang lebih ramai untuk bantu orang lain juga," katanya ketika ditemui pada program Iftar Ala Madinah @Karangkraf pada Khamis.

Supercube menaja 450 pek makanan kepada pengunjung yang hadir memeriahkan Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf.
Supercube menaja 450 pek makanan kepada pengunjung yang hadir memeriahkan Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf.

Pada program tersebut, Supercube menaja 450 pek makanan untuk dikongsi bersama pengunjung yang hadir berbuka puasa di perkarangan kompleks Karangkraf.

Artikel Berkaitan:

Berkongsi mengenai matlamat Supercube, Hayfa Amira berkata, pihaknya meletakkan sasaran untuk melahirkan lebih 20,000 usahawan baharu sepanjang tahun ini.

Katanya, sasaran itu sejajar dengan matlamatnya untuk menjadi platform perniagaan terbesar sekali gus membantu para usahawan baharu memulakan perniagaan tanpa modal.

Menurut Hayfa Amira, Supercube kini konsisten melahirkan seramai 1,000 ejen baharu setiap bulan dan angka itu dijangka meningkat selepas perayaan Aidilfitri nanti.

"Supercube akan mempelbagaikan rangkaian produk di masa akan datang supaya capaian pasaran lebih besar kerana tidak semestinya semua orang sesuai dengan satu jenis produk sahaja.

"Kita sasarkan jumlah usahawan baharu itu berganda selepas Aidilfitri dan selepas ini terdapat lebih banyak program yang akan membantu usahawan mengembangkan perniagaan," ujarnya.

Hayfa Amira (dua dari kanan) bersama suami yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Supercube, Aizuddin Alif Yusof (kanan) menyampaikan sample Supercube kepada pengunjung yang hadir.
Hayfa Amira (dua dari kanan) bersama suami yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Supercube, Aizuddin Alif Yusof (kanan) menyampaikan sample Supercube kepada pengunjung yang hadir.

Ganda pengeluaran

Sementara itu berkongsi mengenai produk baharu daripada Supercube iaitu Superbytes, Hayfa Amira berkata, sambutan terhadap kiub makanan itu amat menggalakkan khususnya pada bulan Ramadan sehingga terpaksa menggandakan pengeluaran.

"Superbytes kehabisan stok dalam masa sehari selepas diperkenalkan dan kami akan stok semula secepat mungkin.

"Ejen-ejen tidak perlu risau kerana pengeluaran Superbytes akan diteruskan selepas Ramadan bagi memberi manfaat kepada pelanggan untuk sentiasa kekal bertenaga, lebih-lebih lagi ada yang mahu berpuasa sunat pada bulan Syawal," ujarnya.

Supercube menaja 450 pek makanan kepada pengunjung yang hadir memeriahkan Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf.
Supercube menaja 450 pek makanan kepada pengunjung yang hadir memeriahkan Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf.

Dalam pada itu Hayfa Amira turut memaklumkan, syarikatnya berjaya menghasilkan jualan mencecah sehingga RM2 juta setiap bulan menerusi rangkaian produk Supercube, yang turut dibantu oleh ejen perniagaannya.

Optimis dengan pencapaian jualan Supercube, Hayfa Amira memaklumkan pihaknya sedang merangka beberapa program sebagai usaha untuk membantu lebih ramai usahawan menceburkan diri dalam perniagaan.

Sebagai maklumat, rangkaian produk Supercube terdiri daripada ‘Supercube Molasses Herbs Drink’ iaitu minuman herba dalam bentuk kiub; minyak angin natural moden (Soothe Mist); skrub yang diinspirasikan daripada mandian herba ibu berpantang (Teresak Exfoliator) dan ‘Superbytes’, snek kiub coklat putih campuran oat dan kurma serta kismis (Superbytes).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!