MPS beli minyak masak terpakai RM1.50 sekilogram

Antara minyak masak yang dijual oleh peniaga dan orang awam pada Program Kitar Semula Minyak Masak di bazar Ramadan.
Antara minyak masak yang dijual oleh peniaga dan orang awam pada Program Kitar Semula Minyak Masak di bazar Ramadan.
A
A
A

SELAYANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membeli minyak masak terpakai daripada peniaga dan orang ramai dengan kadar RM1.50 bagi setiap kilogram (kg).

Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad berkata, Program Kitar Semula Minyak Masak di bazar Ramadan itu merupakan inisiatif pelestarian alam sekitar.

Menurutnya, program tersebut dilaksanakan sepanjang Ramadan di bazar terpilih melalui pembukaan reruai kitar semula MPS.

"Orang ramai dan peniaga yang ingin menjual minyak masak terpakai hanya perlu membawa minyak masak tersebut di reruai yang dibuka bermula jam 3 petang hingga 7 malam.

Reruai yang dibuka mengikut giliran di lokasi bazar terpilih sepanjang Ramadan.
Reruai yang dibuka mengikut giliran di lokasi bazar terpilih sepanjang Ramadan.

"Antara lokasi bazar terpilih adalah Bazar Ramadan Greenwood pada 17 April disusuli Bazar Ramdan Taman Sunway Batu Caves (19 April), Bazar Ramadan Tun Teja Rawang (20 April), Bazar Ramadan Kampung Melayu Sungai Buloh (21 April), Bazar Ramadan Taman Samudera (25 April) dan Bazar Ramadan Putri Central Park (26 April), " katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Katanya, sehingga 15 April lalu, MPS telah menerima 47kg minyak masak terpakai daripada orang ramai dan peniaga.

Tambahnya, MPS berharap jumlah tersebut terus bertambah dan dapat mencapai sasaran 250kg jumlah kutipan minyak masak terpakai sepanjang tempoh kempen yang berakhir pada 26 April.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!