Fahmi Reza dibebaskan selepas dua hari direman

Laporan Sinar Harian bertarikh 15 April lalu.
Laporan Sinar Harian bertarikh 15 April lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza dibebaskan selepas dua hari direman bagi membantu siasatan berhubung hantaran karikatur monyet berpakaian seragam istana berwarna kuning yang dimuat naik di Facebook miliknya pada Khamis.

Fahmi memaklumkan perkara itu menerusi satu ciapan di Twitter rasminya pada Sabtu.

Dengan nada sindiran, dia turut memaklumkan pengalamannya sepanjang direman di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi yang dikatakan seperti hotel empat bintang.

“Aku dah keluar dari Hotel Dang Wangi! Pakej penginapan dua hari satu malam. Lokasi hebat, perfect vibes (suasana yang sempurna) dan amazing hospitality! (fasiliti yang terbaik).

“Makanan sedap, siap dapat percuma sahur dan iftar yang dihantar ke bilik. Would love to return in the future! (mahu kembali lagi untuk masa akan datang),” ciapnya di Twitter pada Sabtu.

Sebelum ini, Fahmi berkata, dia menerima panggilan daripada Bukit Aman, tidak sampai 15 jam selepas karya itu dimuat naik.

Pada Jumaat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat Fahmi berhubung hantaran karikatur monyet berpakaian seragam istana berwarna kuning yang dimuat naik di Facebook miliknya pada Khamis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Abd Jalil Hassan berkata, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!