Tuchel sahkan Lukaku kembali beraksi

Lukaku bakal kembali beraksi memperkuatkan jentera serangan Chelsea. - Foto Getty Images
Lukaku bakal kembali beraksi memperkuatkan jentera serangan Chelsea. - Foto Getty Images
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel mengesahkan tonggak serangan, Romelu Lukakau kini cergas dan sedia beraksi menjelang aksi separuh akhir Piala FA berdepan Crystal Palace di Stamford Bridge pada Ahad.

Menurut Tuchel, Lukaku yang mengalami kecederaan tumit sudah pun pulih seperti sediakala dan mula mengikuti latihan bersama rakan-rakan sepasukan menjelang aksi separuh akhir berkenaan.

“Lukaku sudah tidak bersama pasukan sejak mengalami masalah achilles, tetapi dia boleh kembali menyertai pasukan untuk aksi EPL hujung minggu ini.

“Selain itu, semua pemain disahkan bersedia untuk beraksi kecuali Ben Chelwell dan Callum Hudson-Odoi.

“Apa pun, masih ada dua sesi latihan yang perlu kita lalui sebelum aksi separuh akhir berkenaan dan diharapkan tidak ada lagi pemain yang mengalami kecederaan,” katanya.

Untuk rekod, Lukaku terlepas kunjungan ke Santiago Bernabeu 13 April lalu gara-gara kecederaan yang dialami dan menyaksikan The Blues tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara berdasarkan agregat 5-4 biarpun menewaskan Real Madrid 3-2 pada aksi suku akhir kedua berkenaan.

Mengulas kegagalan Chelsea, Tuchel mengakui ia sesuatu yang agak mengecewakan kerana The Blues sewajarnya berada dalam kelompok empat pasukan terbaik bagi saingan Liga Juara-Juara ketika ini.

Namun katanya, perkara itu diharap tidak menjejaskan fokus kesebelasan pemain menjelang aksi separuh akhir Piala FA kelak.

Artikel Berkaitan:

“Pemain-pemain telah mempamerkan aksi yang hebat di Santiago Bernabue, tetapi gara-gara terlalu banyak melakukan kesilapan, akhirnya kita dihukum.

“Bagaimanapun, kini kesemua pemain dilihat sudah bersedia untuk mengharungi aksi separuh akhir Piala FA,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!