Hasrat Joo Ven tidak kesampaian
HASRAT pemain perseorangan lelaki profesional negara, Soong Joo Ven beraksi di pentas final Korea Masters 2022 tidak kesampaian apabila tewas kepada pemain Jepun, Kodai Naraoka 17-21, 23-21, 11-21 pada aksi separuh akhir sebentar tadi.
Bagaimanapun Joo Ven, yang berada pada ranking ke-68 dunia itu memberikan tentangan sengit kepada Naraoka sebelum akhirnya akur dengan kekalahan dalam tempoh sejam 25 minit itu.
Set pertama menyaksikan Joo Ven berjaya memberikan tentangan sengit kepada Naraoka sebelum tewas 17-21.
Bagaimanapun Joo Ven mempamerkan aksi mantap pada set kedua bagi mencatatkan kemenangan 23-21 dan seterusnya mengheret perlawanan ke set penentuan.
Di set penentuan, Naraoka dilihat mula mengawal permainan bagi mencatatkan kemenangan 21-11 dan mengesahkan slot ke final kali ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!