Econsave edar 100,000 bungkus bubur lambuk

Mas Imran (tengah) mengagihkan bubur lambuk ayam dan daging secara percuma kepada pelanggan di Pasar Raya Econsave Taman Scientex, Pasir Gudang, pada Sabtu
Mas Imran (tengah) mengagihkan bubur lambuk ayam dan daging secara percuma kepada pelanggan di Pasar Raya Econsave Taman Scientex, Pasir Gudang, pada Sabtu
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sudah menjadi tradisi Pasar Raya Econsave Cash And Carry (Econsave) mengedarkan bubur lambuk percuma dalam kalangan pelanggan mereka sejak lebih 10 tahun lalu.

Pengurus Besar Econsave, Mas Imran Adam berkata, sebanyak 100,000 bungkus bubur lambuk ayam, daging dan kambing diedarkan di semua cawangan pasar raya itu di seluruh negara sempena Ramadan pada Sabtu.

"Kita mula mengagihkan bubur lambuk di semua cawangan bermula jam 3 petang hingga habis. Ini melibatkan 87 pasar raya Econsave di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dengan 19 daripadanya adalah cawangan di Johor.

"Bubur lambuk ini dimasak sendiri oleh kakitangan Econsave dan program ini sudah menjadi tradisi setiap kali menjelang Ramadan sejak lebih 10 tahun lalu," katanya ditemui pemberita selepas mengedarkan bubur lambuk di Pasar Raya Econsave Taman Scientex pada Sabtu.

Mas Imran berkata, tujuan program tersebut adalah sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada pelanggan selain bersedekah.

Selain itu, katanya, Econsave juga akan menyalurkan sumbangan berbentuk baucar untuk membeli barang keperluan harian kepada 400 golongan asnaf di seluruh negara seminggu sebelum raya bagi membantu meringankan beban mereka dalam membuat persiapan Aidilfitri.

"Di Johor sahaja seramai 40 asnaf akan menerima bantuan tersebut yang dijangka akan diagihkan bermula minggu depan," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, dalam minggu pertama pembukaan sempadan jumlah pelanggan pasar raya tersebut naik sehingga 20 peratus dan dijangka terus bertambah pada masa depan yang.

Artikel Berkaitan:

turut menerima kedatangan pelanggan dari Singapura terutama di sekitar Johor Bahru dan Pontian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!