Perak terima Pengarah Pendidikan baharu

Ucapan tahniah atas pelantikan Aznan yang dikongsi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Ucapan tahniah atas pelantikan Aznan yang dikongsi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
A
A
A

IPOH - Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Aznan Alias dilantik sebagai Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa 11 April lepas.

Pelantikan Aznan adalah bagi menggantikan Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali yang telah bersara, Disember tahun lalu.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, pelantikan itu diharap dapat membantu membawa lebih banyak kecemerlangan kepada pendidikan negeri ini.

Menurutnya, kerajaan negeri akan terus memberi komitmen dan kerjasama yang tinggi kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi mencapai sistem pendidikan yang terbaik.

"Saya mewakili kerajaan negeri mengucapkan syabas dan tahniah atas pelantikan itu dan mudah-mudahan JPN dapat membawa sistem pendidikan kita di tahap terbaik sama ada di peringkat sekolah menengah mahupun rendah," katanya.

Aznan sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Murid) dan merupakan bekas Ketua Sektor Pendidikan Swasta JPN Perak.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!