Rancangan 'Konsep Operasi' untuk pelarian Rohingya

Lebih 700,000 pelarian Rohingya kini tinggal bersesak di kem sementara di Cox's Bazar.
Lebih 700,000 pelarian Rohingya kini tinggal bersesak di kem sementara di Cox's Bazar.
A
A
A

BAZAR - BANGLADESH. PBB sedang membuat perancangan untuk membantu Bangladesh memindahkan ratusan ribu pelarian Rohingya di pulau terpencil di luar pesisir.

Dokumen 'Konsep Operasi' bertarikh 12 Mac disediakan Program Makanan Sedunia (WFP) menunjukkan agensi itu telah mengemukakan rancangan terperinci termasuk garis masa dan bajet tentang bagaimana pemindahan itu di Bhasan Char dapat dilakukan dalam tempoh beberapa minggu.

Ia juga menegaskan proses itu perlu dilakukan secara sukarela dan mengikut prinsip kemanusiaan serta kod tatakelakuan.

Pelan tersebut juga menganggarkan rayuan dana awal berjumlah antara AS$8.6 (RM34.9) dan AS$19 juta (RM77.2 juta) selain perancangan operasi lebih terperinci masih diperlukan.

Pegawai komunikasi WFP di Cox's Bazar, Gemma Snowdon berkata, organisasi itu adalah sebahagian daripada perbincangan berterusan dengan kerajaan berhubung tindak balas masa depan pelarian terbabit.

"Daya maju yang selamat tentang pemindahan pelarian Rohingya ke Bhasan Char perlu dilakukan dengan teliti termasuk kos kewangan dan cabaran dalam beberapa bidang seperti sokongan dalam kecemasan, keselamatan makanan dan logistik," ujarnya.

Sebelum ini, pelarian Rohingya menolak rancangan pemindahan itu malah pakar hak asasi manusia juga bimbang ia bakal mencetuskan krisis baharu. - Reuters

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!