UMNO berhak buat keputusan MoU kerajaan, pembangkang

Ahmad Maslan (tengah) bermesra bersama ketua-ketua Wanita UMNO Cawangan sempena program Satu Juzuk Satu Minggu Al-Quran di Dewan Citra Sri Pinang, Benut pada Sabtu.
Ahmad Maslan (tengah) bermesra bersama ketua-ketua Wanita UMNO Cawangan sempena program Satu Juzuk Satu Minggu Al-Quran di Dewan Citra Sri Pinang, Benut pada Sabtu.
A
A
A

PONTIAN - UMNO berhak membuat sebarang keputusan terhadap kedudukan Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan dan pembangkang atas dasar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menandatangani MoU itu dari UMNO.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pembangkang iaitu Pakatan Harapan (PH) telah silap memberi pandangan apabila menyatakan MoU itu bukannya urusan antara parti yang mendukung kerajaan termasuk UMNO.

"Siapakah yang menandatangani MoU itu? MoU tersebut ditandatangani Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP ketika itu, Lim Guan Eng, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohammad Sabu dan Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

"Manakala di pihak kerajaan ia ditandatangani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri dengan Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO sebagai saksi. Mereka ini adalah pemimpin UMNO.

"Kerajaan tidak boleh berdiri sendiri tanpa parti dan dalam hal ini adalah UMNO kerana Ismail Sabri dan Annuar adalah pemimpin parti serta tidak boleh berdiri dengan sendiri tanpa parti," katanya.

Sebelum itu, beberapa pemimpin parti pembangkang dilaporkan menyatakan UMNO tidak boleh mencampuri urusan kedudukan Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) kerana MoU terbabit dibuat bersama kerajaan bukannya parti.

Pada Jumaat, Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil, dilaporkan menyatakan UMNO tidak boleh mencampuri urusan kedudukan MoU antara kerajaan dan PH khususnya membabitkan tarikh perjanjian itu yang bakal berakhir pada 31 Julai ini.

Fahmi dilaporkan berkata, secara amnya MoU itu hanya membabitkan antara pembangkang bersama kerajaan dan bukannya antara parti-parti politik yang mendukung kerajaan.

Artikel Berkaitan:

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abd Samad pula menyatakan sebarang keputusan untuk meneruskan atau tidak meneruskan MoU itu adalah tertakluk kepada keputusan Perdana Menteri, bukannya keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri program Satu Juzuk Satu Minggu Al-Quran di Dewan Citra Sri Pinang Benut, di sini pada Sabtu.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Pulai Sebatang, Hasrunizah Hassan yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Pontian.

Sejak Jumaat, beberapa pemimpin parti pembangkang dilaporkan menyatakan bahawa MoU yang ditandatangani itu adalah persetujuan dan ikatan yang dibuat di antara PH dengan Kerajaan Persekutuan, bukannya dengan UMNO.

Antaranya, Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil, dilaporkan menyatakan UMNO tidak boleh mencampuri urusan kedudukan MoU antara kerajaan dan PH khususnya membabitkan tarikh perjanjian itu yang bakal berakhir pada 31 Julai ini.

Fahmi dilaporkan berkata, secara amnya MoU itu hanya membabitkan antara pembangkang bersama kerajaan dan bukannya antara parti-parti politik yang mendukung kerajaan.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Abd Samad pula menyatakan, sebarang keputusan untuk meneruskan atau tidak meneruskan MoU itu adalah tertakluk kepada keputusan Perdana Menteri, bukannya keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Ditanya mengenai kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan meminta penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai perkara tersebut.

Menurut beliau, tiada apa yang perlu dijelaskan kerana UMNO telah membuat keputusan bahawa persefahaman MoU tersebut perlu ditamatkan pada 31 Julai depan tanpa ada penyambungan lagi.

“Kami (MKT) UMNO telah membuat keputusan tersebut dan tiada mana-mana pihak yang akan mewakili UMNO untuk menandatangani MoU tersebut selepas daripada tarikh tersebut dengan ketetapan itu,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!