[VIDEO] Debat Najib-Anwar berlangsung 12 Mei di UM
KUALA LUMPUR- Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membincangkan isu Sapura Energy Bhd (SEB) dan masa depan Malaysia pada 12 Mei ini dalam program debat antara kedua tokoh politik negara itu.
Pengumuman program debat itu dibuat Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil dan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil dalam sidang media sebentar tadi.
Menurut Fahmi, debat antara bekas Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang itu akan diadakan di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada pukul 9 malam. -Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!