Tiada rakyat tercicir terima bantuan jika kerusi DUN ditambah

Elizabeth (lima dari kiri ketika hadir pada Bengkel Pembuatan dan Agihan Bubur Lambuk anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB) Dun Bukit Lanjan dengan kerjasama D’Coridor Empire di sini pada Ahad.
Elizabeth (lima dari kiri ketika hadir pada Bengkel Pembuatan dan Agihan Bubur Lambuk anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB) Dun Bukit Lanjan dengan kerjasama D’Coridor Empire di sini pada Ahad.
A
A
A

PETALING JAYA - Rakyat Selangor bakal mendapat manfaat yang besar sekiranya bilangan kerusi DUN di negeri ini ditambah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong berkata peruntukan pembangunan dan kebajikan boleh disalurkan dengan lebih menyeluruh dengan tiada lagi isu mereka yang tercicir daripada menerima bantuan dan sebagainya.

Menurutnya, cadangan Kerajaan Negeri Selangor untuk menambah bilangan kerusi DUN harus diterima oleh semua pihak.

“Saya menyeru semua wakil rakyat tanpa mengira ideologi kepartian menyokong cadangan ini pada Sidang DUN yang akan berlangsung pada Julai akan datang, demi rakyat Selangor,” katanya kepada Sinar Harian selepas melancarkan Bengkel Pembuatan dan Agihan Bubur Lambuk anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB) Dun Bukit Lanjan dengan kerjasama D’Coridor Empire di sini pada Ahad.

Beliau berkata, semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) jumlah pengundi di Selangor adalah 2.4 juta.

“Terkini ada 3.6 juta pengundi di Selangor, peningkatan jumlah pengundi adalah sebanyak 50 peratus, namun jumlah kerusi DUN masih sama dan ini tidak adil kepada pengundi,” katanya.

Jelasnya, kajian lanjut mengenai perkara ini perlu dijalankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“SPR kena lihat semula persempadanan DUN dan Parlimen di Selangor, mereka kena maklumkan berapa penambahan kerusi DUN ataupun Parlimen pada masa akan datang,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata langkah berkenaan akan dilaksanakan kerana terdapat DUN yang mempunyai jumlah pengundi melebihi 75,000 sehingga 100,000 bagi sesebuah kerusi.

Katanya lagi, cadangan pertambahan kerusi ini juga bagi mewujudkan keseimbangan dalam kalangan jumlah pengundi di kawasan bandar dan luar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!