Ukraine dakwa 21 wartawan terbunuh setakat ini
KIEV - Parlimen Ukraine pada Sabtu mendedahkan seramai 21 wartawan telah terkorban sejak operasi ketenteraan Rusia bermula pada 24 Februari.
Nama-nama wartawan yang maut termasuk dari agensi media asing didedahkan dalam laporan Jawatankuasa mengenai Kebebasan Bersuara dan diterbitkan di laman sesawang Parlimen, lapor Agensi Anadolu.
Sekurang-kurangnya 1,982 orang awam terbunuh dan 2,651 lagi cedera sejak permulaan perang, menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Angka sebenar dipercayai jauh lebih tinggi.
Lebih 4.8 juta rakyat Ukraine telah melarikan diri ke negara jiran dan lebih tujuh juta lagi hilang tempat tinggal. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!