75 pengunjung, pengurus pusat hiburan dikompaun RM76,000

Kesemua pengunjung dikompaun mengikut Peraturan 18(1), Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) PPN 2022.
Kesemua pengunjung dikompaun mengikut Peraturan 18(1), Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) PPN 2022.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis mengeluarkan kompaun berjumlah RM76,000 terhadap 75 pengunjung dan seorang pengurus pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail di sini, awal pagi Ahad kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Peralihan Endemik.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, serbuan sekitar jam 1.15 pagi itu mendapati, kesemua pengunjung warga tempatan berusia lingkungan 20 hingga 51 tahun gagal mengamalkan penjarakan fizikal.

"Kesemua dikompaun RM1,000 setiap seorang atas kesalahan tidak mengamalkan penjarakan fizikal manakala pengurus premis turut dikompaun RM1,000 kerana gagal mengawal pengunjung mengamalkan penjarakan fizikal semasa berada di dalam premis," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, tindakan kompaun mengikut Peraturan 18(1), Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) PPN 2022.

"Satu kertas siasatan di hka di bawah Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992 atas kesalahan menganjurkan aktiviti hiburan tanpa lesen yang sah," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!