Tetak ahli keluarga: Polis percaya suspek masih di Johor

Laporan Sinar Harian pada Sabtu mengenai lelaki yang diburu polis berkaitan kes tetak.
Laporan Sinar Harian pada Sabtu mengenai lelaki yang diburu polis berkaitan kes tetak.
A
A
A

KOTA TINGGI - Polis percaya suspek tetak empat ahi keluarga dalam kejadian sebelum berbuka puasa di Kampung Sedili Kecil, Kuala Sedili pada Khamis masih berada di Johor.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, suspek yang berusia 38 tahun merupakan pekerja di sebuah ladang nanas.

"Kami yakin suspek masih bersembunyi di Johor dan jika ada tangkapan kami akan maklumkan," katanya ringkas ketika dihubungi pada Ahad.

Kejadian pada jam 7.11 malam Khamis itu berlaku ketika empat beranak tersebut menunggu waktu berbuka puasa sebelum suspek dikatakan tiba-tiba mengamuk dan menetak ahli keluarganya itu dengan menggunakan parang.

Suspek yang berasal dari Felda Air Tawar 3 menetak isterinya berusia 30-an dan ibu mentua berusia 50-an serta dua adik iparnya masing-masing seorang lelaki berusia 16 tahun dan perempuan berusia 30-an.

Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan lanjut dan kini berada dalam keadaan stabil.

Bagaimanapun, dua anak suspek berusia lima dan dua bulan selamat dalam kejadian itu manakala motif serangan masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun serta denda atau sebat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!