Jari kanak-kanak empat tahun tersepit tombol pintu
AMPANG - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dibawa ke Hospital Ampang dalam keadaan ibu jari tangan kanannya tersepit di tombol pintu pada Ahad.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.47 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dihantar ke hospital berkenaan.
Menurutnya, jari kanak- kanak berkenaan berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas.
"Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!