Pelajar SMU (A) Azhariah perlu kompleks pendidikan lebih kondusif

Bangunan Sekolah Menengah Ugama (SMU) Arab (A) Azhariah di Melor yang sedia ada tidak dapat menampung pertambahan pelajar dari tahun ke tahun. PHOTO - Ihsan SMU(A) Azhariah
Bangunan Sekolah Menengah Ugama (SMU) Arab (A) Azhariah di Melor yang sedia ada tidak dapat menampung pertambahan pelajar dari tahun ke tahun. PHOTO - Ihsan SMU(A) Azhariah
A
A
A

KOTA BHARU - Lebih 400 pelajar Sekolah Menengah Ugama (SMU) Arab (A) Azhariah Melor, di sini, memerlukan kompleks pendidikan baharu yang lebih kondusif untuk sesi pembelajaran.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMU (A) Azhariah, Zulkipli Mat Yusof berkata, bangunan sekolah sedia ada sudah berusia 67 tahun sejak diasaskan pada tahun 1955.

Katanya, sekolah tersebut dibina di tanah wakaf persendirian seluas 0.4 hektar di Jalan Pasir Puteh, Melor pada tahun 1955 dan mendapat perhatian ibu bapa untuk menghantar anak anak bagi mempelajari ilmu agama serta kurikulum arus perdana.

“Disebabkan pertambahan bilangan pelajar dari Kelantan dan luar Kelantan di sekolah itu, persekitaran sedia ada menjadi kurang kondusif, sempit dan terhad.

“Jadi, pihak sekolah bercadang untuk membangunkan kawasan yang baharu bagi memastikan pelajar dapat belajar dengan lebih selesa,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, pada Ahad.

Mengulas lanjut, sebagai langkah permulaan, pihak sekolah memerlukan kos berjumlah RM450,000 untuk membeli tanah seluas 0.3 hektar bersebelahan dengan tanah yang diwakafkan.

“Setakat ini, sekolah sedia ada tidak mempunyai asrama dan pelajar hanya datang belajar secara harian selain perlu menumpang di tanah bersebelahan tersebut untuk perhimpunan serta sukan.

“Kompleks sekolah yang akan dibina itu nanti dianggarkan berkeluasan hampir 0.8 hektar yang akan menempatkan bangunan asrama, kelas dan dewan yang lebih sesuai kepada pelajar,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Mereka yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun SMU(A) Azhariah Bank Islam 03018010070032.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!