Sinar Harian diberi kepercayaan salur bantuan

See Hang (empat dari kanan) bersama Dr Johnsen (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Sinar Harian diwakili Azizi (tiga dari kanan).
See Hang (empat dari kanan) bersama Dr Johnsen (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Sinar Harian diwakili Azizi (tiga dari kanan).
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sinar Harian dipilih menerima dana RM10,000 bagi melaksanakan program kebajikan daripada NP642 iaitu sebuah rangkaian dalam syarikat Naturally Plus yang berpangkalan di Jepun.

Jurucakap Kumpulan NP642, Dr Johnsen Lim berkata, pemilihan itu berdasarkan keupayaan syarikat ini menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Menurutnya, NP642 beroperasi di Malaysia pada 2010 dan dalam tempoh 11 telah mencatatkan peningkatan jualan tahunan melalui produk Super Lutein dan Izumio.

"Jualan tahunan kini mencapai RM17 juta dan berjaya melahirkan 70 orang pemimpin 'summit' dengan pendapatan bulanan melebihi RM32,000 dan 24 orang pemimpin 'full house' dengan pendapatan melebihi RM76,800.

"Melalui kempen pelancongan percuma Naturally Plus, kumpulan NP642 telah membantu 12,000 peserta layak pelancongan ke luar negara," katanya.

Tambah beliau, keuntungan itu dikembalikan kepada masyarakat melalui saluran kebajikan.

"Sejak 2017 hingga 2021, kami sudah menyalurkan kira-kira RM90,000 sumbangan kebajikan setiap tahun yang diharap dapat memberi suntikan semangat kepada ahli pasukan NP642 dan manfaat kepada orang awam.

"Kita perlu ingat masih ramai yang hidup dalam kesusahan dan perlu dibantu. Selagi terdaya kami akan terus membantu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Penasihat NP642, Datuk Tang See Hang menyampaikan sumbangan berkenaan kepada Sinar Harian yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Ultimate Print dan Karangkraf Medicare, Azizi Fickry dalam acara yang berlangsung di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Choong Wen Jalan Kelang Lama pada Sabtu.

Sementara itu, Azizi berkata, sumbangan yang diterima itu akan digunakan dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat.

"Antaranya mengedarkan pelitup muka percuma keluaran Karangkraf Medicare kepada orang ramai yang memerlukan termasuk di institusi seperti sekolah, balai polis dan lain-lain," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!