PRU15: UMNO yakin dapat rampas semula Parlimen Sepanggar

Yakub ketika berucap pada program taklimat dan bengkel persiapan jentera PRU15 serta Majlis Berbuka Puasa Anjuran UMNO Bahagian Sepanggar, Kota Kinabalu.
Yakub ketika berucap pada program taklimat dan bengkel persiapan jentera PRU15 serta Majlis Berbuka Puasa Anjuran UMNO Bahagian Sepanggar, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - UMNO yakin mampu menawan semula kerusi Parlimen Sepanggar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berdasarkan situasi semasa rakyat yang memilih Barisan Nasional (BN).

Ketua UMNO Sepanggar, Datuk Yakub Khan berkata, UMNO di kawasannya berikrar menyokong calon yang akan diputuskan pucuk pimpinan sempena PRU.

Katanya, kajian mendapati Sepanggar kini lebih cenderung kepada BN terutama di kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di seluruh Sepanggar.

"Pengundi muak dengan keadaan senario politik yang tidak stabil menyebabkan rakyat menderita. mahu kerajaan stabil," katanya ketika taklimat dan bengkel persiapan jentera PRU15 serta majlis berbuka puasa anjuran UMNO Bahagian Sepanggar di sini, pada Ahad.

Yakub yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Sabah berkata, beberapa persiapan ke arah PRU15 sedang giat dilaksanakan bagi memastikan hasrat menawan Parlimen Sepanggar dapat direalisasikan.

Yakub yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah berkata, semua gerak kerja perlu diaktifkan segera bagi memastikan jentera pilihan raya dapat beroperasi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!