Saya tidak menghasut: Ahmad Zahid

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyanggah tohmahan bahawa beliau dan UMNO sengaja menghasut rakyat mengenai pengeluaran khas wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ujar beliau, pengeluaran RM10,000 turut menjejaskan strategi pelaburan KWSP juga tidak benar.

“Apa yang pasti ramai akan mendapat manfaat di sebalik pengeluaran itu termasuk mereka yang mungkin gigih menuduh UMNO dan saya sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Isnin.

Tambah beliau, selain pencarum KWSP, peniaga turut menerima tempias daripada pengeluaran khas itu apabila akan berlaku pertambahan aliran tunai dalam pasaran.

Menurutnya, sudah pasti pembayaran pengeluaran tersebut yang dipercepatkan bermula 18 April ini akan lebih bermakna untuk umat Islam untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua yang bersama mendesak Kementerian Kewangan supaya membenarkan pengeluaran tersebut.

“Saranan ini mungkin tidak populis namun beringatlah desakan pengeluaran khas wang simpanan KWSP sejak awal bukan bertujuan memewahkan sambutan perayaan.

“Sebaliknya untuk membantu mengurangkan bebanan rakyat yang masih bergelut dengan impak buruk pandemik Covid-19 maka gunakanlah ia sebaik mungkin untuk bangkit dan keluar daripada kesulitan,” kata beliau.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!