Hujan lebat di Lipis, lapan rumah dinaiki air

Petugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lipis membuat pemantuan di sekitar kawasan dinaiki air susulan hujan lebat berterusan, pada awal pagi Isnin. - Foto ihsan APM
Petugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lipis membuat pemantuan di sekitar kawasan dinaiki air susulan hujan lebat berterusan, pada awal pagi Isnin. - Foto ihsan APM
A
A
A

LIPIS - Lapan buah rumah di Kampung Keledek di Lipis dinaiki air susulan hujan lebat berterusan pada Isnin.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lipis, Kapten (PA) Mohd Azhar Jusof berkata, ia turut melibatkan seramai 32 mangsa.

"Akibat hujan berterusan beberapa jam sebelum itu, paras air di empat sungai naik sekitar waktu subuh hingga menyebabkan banjir. Bagaimanapun tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka pada masa ini.

"Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan pihak APM telah membuat pemantauan di lokasi. Kit makanan permulaan juga telah diserahkan kepada mangsa terlibat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!