Jazeman akui teruja timba pengalaman baharu di Perancis

Jazeman mewakili Virage pada perlumbaan sulung di Le Castellet, Perancis. Gambar kecil: Jazeman
Jazeman mewakili Virage pada perlumbaan sulung di Le Castellet, Perancis. Gambar kecil: Jazeman
A
A
A

PELUMBA negara, Jazeman Jaafar mengakui meraih pengalaman baharu pada perlumbaan sulung European Le Mans Series (ELMS) di Le Castellet, Perancis pada Ahad.

Walaupun gagal menaiki podium apabila menamatkan perlumbaan kategori Le Mans Prototype 2 (LMP2) di tempat ke-15, Jazeman yang mewakili Virage berkata, banyak perkara positif boleh diambil daripada perlumbaan itu untuk dimanfaatkan pada pusingan seterusnya.

"Sebagai pasukan dan barisan pelumba baharu, kedudukan kelima dalam kategori Pro-Am pula beri kami motivasi untuk gandakan prestasi dalam pusingan akan datang di Imola, Itali dan kami berpotensi untuk berada di depan,” katanya dalam rakaman audio yang dikongsikan pada Isnin.

Pada masa sama, Jazeman berkata, perlumbaan kali ini lebih sukar berbanding musim sebelumnya, malah Virage sebagai pasukan baharu perlu memberi tumpuan terhadap kelebihan dan kekurangan pada pihak lawan, sekiranya ingin menguasai perlumbaan.

Sebagai rekod, Jazeman yang beraksi secara penuh dalam kategori LMP2 di perlumbaan berkenaan bergandingan bersama pelumba Perancis, Gabriel Audry dan Rob Hodes (Amerika Syarikat).

Selain di Perancis dan Itali, perlumbaan ELMS itu akan turut berlangsung di Sepanyol, Belgium dan Portugal.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!