Israel serang lokasi pembuatan senjata Hamas

Tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza pada Selasa. - Reuters
Tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza pada Selasa. - Reuters
A
A
A
GAZA - Tentera Israel melancarkan serangan udara pertamanya di Genting Gaza yang ditadbir oleh Hamas dalam tempoh beberapa bulan pada awal Selasa.

Serangan itu dilakukan ke atas tapak pembuatan senjata Hamas sebagai tindakan balas terhadap serangan roket yang dilancarkan dari Gaza.

Ia berlaku ketika ketegangan memuncak selepas keganasan meletus pada hujung minggu lalu di sekitar pekarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Hamas mendakwa telah menggunakan sistem pertahanan antipesawat untuk menentang serangan udara yang tidak menyebabkan kemalangan jiwa, menurut saksi dan sumber keselamatan di Gaza.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab melancarkan roket itu.

Dalam serangan itu, tidak ada laporan tentang kemalangan jiwa dilaporkan, menurut saksi dan sumber keselamatan di Gaza. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!