Tiga maut, bumbung kolam renang runtuh di China

Bumbung sebuah kolam renang runtuh di Zhengzhou, wilayah tengah China pada Isnin. - Foto VCG
Bumbung sebuah kolam renang runtuh di Zhengzhou, wilayah tengah China pada Isnin. - Foto VCG
A
A
A

ZHENGZHOU - Bumbung sebuah kolam runtuh menyebabkan tiga maut dan sembilan lagi cedera di bandar raya Zhengzhou pada Isnin.

Kejadian itu berlaku di Kolam Renang Mata Air Panas Wuzhou di Jalan Dongfeng, Daerah Jinshui, di bandar raya tersebut pada waktu petang.

Selepas pasukan penyelamat tiba, seramai 12 orang berjaya diselamatkan termasuk sembilan orang yang mengalami kecederaan ringan dan tiga individu meninggal dunia dalam insiden tersebut.

Beberapa penduduk mendakwa kolam renang itu dibina sejak 30 tahun lalu tetapi ia masih belum dapat disahkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Portal berita China News melaporkan bayaran masuk ke kolam itu tidak mahal dan ramai penduduk tempatan berenang di sana pada hujung minggu.

Siasatan mengenai punca runtuhan sedang dijalankan. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!