Perhilitan tangkap gajah betina rosak tanaman di Lenggong
IPOH - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak menangkap seekor gajah betina liar di Kampung Chepor, Lenggong, Sabtu lepas.
Pengarahnya, Yusof Shariff berkata, tangkapan itu dilakukan susulan aduan pada 8 April lepas daripada penduduk Felda Chepor dan Kampung Chepor berhubung kerosakan tanaman seperti getah dan kelapa sawit.
"Gajah betina yang dianggarkan berusia 27 tahun itu dengan berat kira-kira 2.8 tan akan dipindahkan esok pagi dengan bantuan daripada kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Yusof berkata, gajah betina itu akan dipindahkan ke Hutan Simpan Royal Belum. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!