‘Semua 2,666 perwakilan Pemuda mesti hadir PAU Khas’ - Ahmad Maslan

Sumber gambar daripada siaran Facebook rasmi Ahmad Maslan (dua dari kanan) pada Selasa.
Sumber gambar daripada siaran Facebook rasmi Ahmad Maslan (dua dari kanan) pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Semua 2,666 orang perwakilan Pemuda pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 perlu hadir pada PAU Khas 14 Mei ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu adalah antara beberapa keputusan utama Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 14 April lalu.

Menurutnya, beliau telah menghadiri Mesyuarat Exco Pemuda parti itu untuk memaklumkan perkara tersebut sebagai tindakan mereka.

“Hadir Mesyuarat Exco Pemuda sebagai Setiausaha Agung UMNO untuk memaklumkan beberapa keputusan utama Mesyuarat MKT UMNO 14 April 2022 bagi tindakan mereka.

“Antaranya semua 2,666 orang perwakilan pada PAU 2021 mesti hadir pada Perhimpunan Agung Khas Mei ini. Selamat berjuang wahai Pemuda, Bangkit Kembali,” katanya dalam siaran di Facebook rasminya pada Selasa.

PAU Khas itu bertujuan bagi melakukan pindaan Perlembagaan UMNO mengenai tempoh pemilihan parti dan pelaksanaan persidangan terbabit dibuat sebagaimana keputusan sebulat suara usul PAU 2021.

Pada Khamis, MKT UMNO telah bermesyuarat dengan dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Ibu Pejabat UMNO.

Dalam mesyuarat tersebut turut membincangkan perkara berkaitan pembentangan Akta Anti Lompat Parti.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!