Pemuda maut kereta terbabas

Kereta dipandu mangsa terbabas ke dalam anak sungai mengakibatkan angsa maut di tempat kejadian.
Kereta dipandu mangsa terbabas ke dalam anak sungai mengakibatkan angsa maut di tempat kejadian.
A
A
A

KUALA PILAH - Seorang pemuda maut selepas kereta dipandu terlibat kemalangan di Kilometer 15, Jalan Seremban-Kuala Pilah di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa Lokman Nurhakim Ariffin, 33, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Seremban menuju ke Kuala Pilah.

"Sebaik sampai di lokasi, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas sehingga ke dalam anak sungai di bahu jalan.

"Akibat kejadian itu, mangsa cedera pada kepala dan tangan serta meninggal dunia di tempat kejadian" katanya.

Amran berkata, mayat dibawa ke unit forensik Hospital Kuala Pilah untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!