AEON agih 50,000 bekas bubur lambuk seluruh Malaysia

Dua dari kanan: Iskandar, Sheikh Farouk dan Najmuddin mengacau bubur lambuk sebelum diagihkan kepada pengunjung AEON BiG Bandar Tun Hussein Onn, di sini.
Dua dari kanan: Iskandar, Sheikh Farouk dan Najmuddin mengacau bubur lambuk sebelum diagihkan kepada pengunjung AEON BiG Bandar Tun Hussein Onn, di sini.
A
A
A

CHERAS - AEON CO. (M) Bhd. dan AEON BiG (M) Sdn. Bhd. (AEON) mengagihkan sebanyak 50,000 bekas bubur lambuk kepada di seluruh cawangannya di Malaysia sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk Ramadan tahun ini.

Pengerusi AEON, Datuk Iskandar Sarudin berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,500 pek bubur lambuk turut diagihkan kepada para pengunjung AEON BiG Bandar Tun Hussein Onn, di sini pada Rabu.

Menurutnya, RM100,000 diperuntukan bagi serahan bubur lambuk berkenaan.

"Setelah dua tahun kita berdepan dengan pandemik, keluarga besar AEON seperti tahun-tahun sebelumnya kembali lagi dalam program serahan bubur lambuk dengan komuniti setempat dan meraikan anak-anak yatim.

"AEON menjalankan program berbentuk CSR sejak tiga bulan lalu, yang mana acara sebegini merupakan sebahagian daripada darah daging kita," katanya ketika sidang media di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Iskandar berkata, pihak AEON turut meraikan seramai 50 orang penghuni dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Kajang dengan menaja persiapan raya di sini menjelang Syawal tidak lama lagi.

Selain itu, mereka turut dijemput untuk menghadiri majlis berbuka puasa di sini sambil dimeriahkan dengan persembahan dari kumpulan nasyid, Raihan.

Sebanyak 1,500 pek bubur lambuk kepada para pengunjung AEON BiG Bandar Tun Hussein Onn, di sini pada Rabu. - Foto AEON
Sebanyak 1,500 pek bubur lambuk kepada para pengunjung AEON BiG Bandar Tun Hussein Onn, di sini pada Rabu. - Foto AEON

"Seramai 50 orang anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Kajang turut ditaja untuk membeli pakaian raya dan dijemput ke majlis berbuka puasa anjuran pihak AEON," katanya.

Turut hadir ke program berkenaan ialah Ketua AEON BiG Sheikh Farouk Sheikh Mohamed dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Najmuddin Jemain.

Dalam perkembangan lain, Iskandar turut memaklumkan AEON BiG berjaya mencatat lonjakan hasil pendapatan sebanyak sekitar RM1.3 bilion dalam tahun kewangan 2021.

Katanya, sekitar RM350 juta hasil pendapatan berjaya dikutip pada suku pertama tahun ini dan ia menunjukkan pretasi yang baik.

AEON turut menaja persiapan raya untuk anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Kajang menjelang Syawal tidak lama lagi. - Foto AEON
AEON turut menaja persiapan raya untuk anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Kajang menjelang Syawal tidak lama lagi. - Foto AEON

Iskandar turut memaklumkan pihaknya turut menerima maklumbalas yang baik daripada masyarakat tempatan khususnya dari luar bandar berkenaan perlaksanaan gaji minimum sebanyak RM1,500 kepada pekerja-perkerja AEON.

"Kami mengharapkan tawaran gaji yang agak baik ini akan dapat sambutan daripada masyarakat tempatan untuk bersama menjadi keluarga besar AEON untuk menyumbang ke arah pembangunan ekonomi dan masyarakat di Malaysia.

"Setakat ini kami menerima sambutan luar biasa daripada kawasan luar bandar terutamanya dalam kalangan pelajar yang baru tamat persekolahan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Kita berikan keutamaan kepada warga tempatan, terutamanya golongan B40 dan lepasan SPM," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!