Najib teruja sambutan orang Terengganu

Antara gambar yang dikongsikan Najib di laman sosial Facebook, miliknya.
Antara gambar yang dikongsikan Najib di laman sosial Facebook, miliknya.
A
A
A

SHAH ALAM - Setelah mendapat sambutan luar biasa rakyat Terengganu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar untuk kembali lagi ke negeri itu.

Mengakui terharu dengan sambutan mesra dari penduduk di negeri itu, Najib berkata, beliau tidak puas bersama rakyat Terengganu kerana faktor masa yang terlalu singkat.

" Ada orang bisik pada saya "terubat rindu orang Terengganu". Insya-ALLAH, I will be back (saya akan kembali).

"Saya rindu semua rakyat. Walaupun sehari sahaja di sini, saya dapat rasakan sambutan dan kemesraan yang sangat luar biasa.

"Saya kongsi gambar suasana di Pantai Teluk Ketapang ini. Insya-ALLAH, I will be back! (saya akan kembali) Hidup rakyat!," tulis beliau di Facebooknya.

Antara gambar yang dikongsikan Najib di laman sosial Facebook, miliknya.
Antara gambar yang dikongsikan Najib di laman sosial Facebook, miliknya.

Najib semalam mengadakan lawatan ke Terengganu.

Artikel Berkaitan:

Selain Pantai Teluk Ketapang Najib turut mengadakan lawatan ke Pasar Batu 6 yang juga merupakan antara salah satu kubu kuat Pas Terengganu.

Kehadiran beliau di situ disambut oleh barisan pemimpin UMNO negeri dan juga penduduk serta peniaga di pasar.

Beliau berkata, majlis itu diadakan bagi mengubat kerinduannya terhadap rakyat Terengganu khususnya di daerah Kuala Nerus.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!