BAM umum skuad Piala Thomas, Piala Uber
TIGA beregu utama negara pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dan juara Terbuka Jerman, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei menjadi sandaran negara dalam menghadirkan keputusan positif pada saingan Piala Thomas kali ini.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ketika mengumumkan senarai beregu tersebut yang menyaksikan Aaron menggalas tugas sebagai kapten pasukan pada kempen kali ini turut menyenaraikan pemain beregu muda, Chia Weijie.
Turut menggalas cabaran negara pada kejuaraan yang bakal menyingkap tirai pada 8 hingga 15 Mei depan itu, pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia bersama Liew Daren, Ng Tze Yong, Aidil Sholeh Ali Sadikin dan Leong Jun Hao.
Sementara itu, S Kisona mengetuai cabaran perseorangan wanita negara skuad Piala Uber bersama Goh Jin Wei, Eoon Qi Xuan, Pearly Tan, M Thinaah bersama tujuh muka baharu.
Tujuh muka baharu yang akan membuat penampilan pertama adalah Myisha Mohd Khairul, Tan Zhing Yi, Anna Cheong, Teoh Mei Xing, Low Yeen Yuan, Valeree Siow dan Chan Wen Tse.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!