ALIF semarakkan Liga-M 2022

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan minyak masak ALIF, sebagai penaja bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) bagi musim 2022.
LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan minyak masak ALIF, sebagai penaja bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) bagi musim 2022.
A
A
A

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan minyak masak ALIF, sebagai penaja bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) bagi musim 2022.

Mengulas lanjut, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, penyertaan ALIF sebagai minyak masak rasmi adalah sesuatu yang mengujakan bagi arena bola sepak tempatan.

Malah menurutnya, penyertaan ALIF juga dilihat membawa membawa mesej yang positif bahawa liga bola sepak tempatan mempunyai tarikan yang tersendiri.

“Bagi pihak Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, Lembaga Pengarah dan komuniti bola sepak, kami berbangga mengalu-alukan kehadiran ALIF, salah satu jenama minyak masak tempatan terbesar, ke dalam keluarga Liga Malaysia 2022.

“Kerjasama ALIF dan MFL menandakan satu lagi penyertaan baharu jenama tempatan terkemuka yang menghargai dan menyokong industri bola sepak tempatan sebagai platform yang boleh meningkatkan kesedaran jenama.

“Setelah kita bersama-sama mengharungi wabak Covid-19, kami berterima kasih kepada SDO atas kepercayaan yang diberikan kepada kami. MFL akan melakukan yang terbaik untuk menghidupkan pengalaman bola sepak yang hebat bersama minyak masak ALIF,” katanya pada Rabu.

Perjanjian tajaan minyak masak ALIF bersama dengan MFL untuk 2022 telah ditandatangani oleh Pengarah Urusan SDO, Mohd Haris Mohd Arshad.

Sementara itu, Mohd Haris berkata, sokongan jenama minyak masak itu terhadap sukan terbesar negara adalah wajar supaya kebaikan ALIF, minyak masak yang dihasilkan secara mampan pertama di Malaysia, dapat dikongsi dengan lebih ramai pengguna.

“Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan Liga Bola Sepak Malaysia dan menemui penonton bola sepak Malaysia daripada pelbagai golongan.

“Saingan Liga-M juga dianggarkan mempunyai 21 juta para peminat di seluruh Negara (40 peratus daripadanya adalah wanita), 350 perlawanan dalam satu musim, lebih 1.6 juta penonton di stadium, dan lebih 7.5 juta pengikut di media digital.

“Oleh itu, kami berhasrat untuk menghangatkan lagi suasana kemeriahan acara sukan ini dengan pelbagai aktiviti yang akan mendekatkan lagi ALIF dan bintang bola sepak Malaysia dengan para peminat bola sepak tanah air,” tambah Mohd Haris.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!