Masjid Kampung Laut

No Image Caption
A
A
A

Masjid Kampung Laut, antara masjid tertua di Asia Tenggara yang dipindahkan dari Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan ke lokasi asal di Kampung Laut, Tumpat dijangka dibuka kepada orang ramai Jun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Baidzawi Che Mat berkata proses pemasangan semula struktur masjid yang dianggarkan berusia 400 tahun itu siap dilakukan selepas ia dileraikan dan dipindahkan dari Nilam Puri pada September 2020.

Baidzawi berkata pihaknya sedang mendapatkan sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) daripada badan profesional dan Majlis Daerah Tumpat bagi memastikan masjid tersebut selamat dibuka kepada orang ramai.

Masjid bersejarah itu dibina di tebing sungai di Kampung Laut pada abad ke-18 oleh pendakwah Islam yang datang ke negeri itu dan ia kerap dilanda banjir termasuk banjir besar pada 1926 dan 1966 sebelum dipindahkan ke Nilam Puri, kira-kira 20 kilometer dari tapak asal. - Foto Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Squid Game di MRT Ampang Park

No Image Caption
GALERI

Pasar Besar Kedai Payang

No Image Caption
GALERI

Pameran Alice Saves Wonderland

No Image Caption
GALERI

Feri dari Pangkalan Raja Tun Uda