Pemakaian pelitup muka di tempat awam masih diwajibkan
KUALA LUMPUR - Prosedur operasi standard (SOP) fasa peralihan ke endemik masih lagi berkuat kuasa dan pemakaian pelitup muka diwajibkan di tempat awam.
Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, pihaknya mengesan sebaran mesej mendakwa pihak polis tidak lagi akan mengeluarkan saman bagi kesalahan tidak memakai pelitup muka.
"Kita masih meneruskan tindakan kompaun jika terdapat mana-mana pihak yang melanggar SOP berkenaan di bawah peruntukan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
"Kita ingin menasihati orang ramai untuk mematuhi SOP yang ditetapkan dalam usaha mengekang penularan wabak Covid 19," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!