Agong, Permaisuri berbuka puasa di Masjid Jamek

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib dan Upacara Pengurniaan Sumbangan di Masjid Jamek Petra Jaya , Kuching Sarawak.
Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib dan Upacara Pengurniaan Sumbangan di Masjid Jamek Petra Jaya , Kuching Sarawak.
A
A
A

KUCHING- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah di Masjid Jamek Negeri di sini malam ini.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah ke majlis itu pada 6.30 petang diiringi oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Seri Paduka berdua disambut Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pada majlis itu, Seri Paduka berdua turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada 30 penerima daripada golongan asnaf.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kemudiannya berkenan menunaikan solat maghrib. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!