Starbucks lancar beg serbaguna diperbuat daripada bungkusan kopi

Sydney (tiga, kiri) menyampaikan replika cek sumbangan Starbucks Malaysia kepada Joanne (dua,kiri), pada Khamis. Foto Halim Wahid.
Sydney (tiga, kiri) menyampaikan replika cek sumbangan Starbucks Malaysia kepada Joanne (dua,kiri), pada Khamis. Foto Halim Wahid.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Starbucks Malaysia melancarkan ‘Starbucks Upcycled Flavorlock Pouches’ (beg serbaguna) diperbuat daripada bungkusan kopi yang dikitar semula dengan kerjasama YWCA Vocational Training Opportunity Centre (VTOC) Kuala Lumpur.

Pengarah Urusan Berjaya Starbucks Coffee company, Datuk Sydney Quays berkata, kerjasama yang dimeterai sejak Mac lalu itu mampu menghasilkan 1000 unit ‘Starbucks Upcycled Flavorlock Pouches’ sebulan.

Menurutnya, 'Starbucks Upcycled Flavorlock Pouches' itu akan dijual di 364 cawangan Starbucks seluruh negara.

“Setiap unit yang terjual, RM1 akan disumbangkan kepada YWCA VTOC bagi meneruskan usaha membantu golongan memerlukan selain menyokong usaha murni membantu meningkatkan taraf hidup golongan B40 yang tinggal di bandar,” katanya dalam sidang akhbar di YWCA, pada Khamis.

Sydney berkata, selain dapat memanfaatkan bahan terbuang, mereka yang terlibat dalam proses pembuatan ‘Starbucks Upcycled Flavorlock Pouches’ juga dapat menambah pendapatan.

Media dibawa melihat cara pembuatan 'Starbucks Upcycled Flavorlock Pouches'. Foto Halim Wahid.
Media dibawa melihat cara pembuatan 'Starbucks Upcycled Flavorlock Pouches'. Foto Halim Wahid.

“Mereka boleh buat 'pouch' ini di rumah secara sambilan sesuai untuk suri rumah, ibu tunggal dan mereka yang tidak mempunyai kerja tetap,” katanya.

Hadir sama ke pelancaran tersebut adalah Pengurus CSR Starbucks, Rina Siew dan Presiden Persatuan YWCA, Joanne Yeoh.

Dalam majlis itu, Starbucks Malaysia turut menyumbang RM374,400 kepada Persatuan YWCA, Kuala Lumpur.

Mengenai sumbangan diterima YWCA, Joanne berkata, ia akan membantu persatuan itu meneruskan kerja-kerja kemasyarakatan, komuniti selain memperkasakan VTOC yang dimilikinya.

“Kami mahu melahirkan pelajar berkemahiran dalam bidang kulinari, dandanan dan jahitan melalui tenaga pakar yang kami biayai sendiri,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!