‘Kami hanya jalankan tugas’

Wan Abdul Rahman
Wan Abdul Rahman
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Mencedera dan mengganggu wartawan ketika sedang bertugas atau membuat laporan media adalah tidak dapat diterima sama sekali.

Presiden Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT), Wan Abdul Rahman Wan Hayat berkata, tugasan seorang wartawan hanya melaporkan berdasarkan maklumat yang diterima dan bukannya mereka cerita.

“Sekiranya laporan kami salah dan tidak benar, anda boleh sahaja memaklumkan kepada kami semula. Kami akan memperbetulkan kembali dengan fakta-fakta yang lebih sahih.

“Tetapi kami tidak boleh menerima sebarang kekasaran yang dilakukan terhadap wartawan yang sedang bertugas dan membuat laporan,” katanya yang juga Ketua Bahagian Rancangan Terengganu FM di RTM.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang menggesa supaya pengamal media tidak dikasari atau diganggu.

Sebelum ini, ada pemimpin UMNO dikatakan mengganggu dua pelatih sebuah portal selepas mereka kecewa dengan laporan yang dibuat portal berita berkenaan.

Difahamkan, laporan itu mengenai penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak yang cuba menghalang bantahan pelajar terhadap bekas perdana menteri itu.

Jelas Wan Abdul Rahman, tugas wartawan adalah untuk melaporkan fakta.

Artikel Berkaitan:

“Jika anda tidak bersetuju dengan mereka, anda patut menjelaskan keadaan yang sebenar kepada mereka atau memberi respons kepada artikel mereka, malah anda boleh menyaman mereka jika perlu,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!