Iklan pakej taubat RM20 palsu

Tangkap layar hantaran Facebook Dr Rozaimi Ramle pada Jumaat.
Tangkap layar hantaran Facebook Dr Rozaimi Ramle pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Iklan pakej taubat RM20 bagi satu penama yang tular baru-baru ini adalah palsu dan tidak benar.

Ketua Jabatan Pengajian Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Madya Dr Muhammad Rozaimi Ramle berkata, rukun bagi perbuatan taubat hanya memerlukan orang yang berdosa sahaja untuk melaksanakannya.

“Terkejut saya membaca iklan yang tersebar ini. Ketahuilah bahawa taubat itu memerlukan rukun yang hanya orang berdosa sahaja boleh lakukan.

“Maka saya katakan iklan ini berniaga secara batil tanpa perlu tanya turun tangan dulu atau kaki dulu,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Ia merupakan respon beliau terhadap satu hantaran iklan pakej taubat bagi satu penama dengan harga RM20.

Pada 2017, media juga pernah melaporkan satu isu berhubung perkhidmatan valet doa yang menyediakan khidmat untuk menyampaikan doa-doa ke Tanah Suci pada kadar antara RM500 hingga RM2,500.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!