Laman web palsu cabutan bertuah 'Petronas' mengandungi virus
KUALA LUMPUR - Laman sesawang palsu berkaitan cabutan bertuah Petronas yang dikongsi melalui platform aplikasi WhatsApp dipercayai mengandungi virus trojan dan malware hingga membahayakan data di peranti pengguna.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata,
pautan yang dikongsi ialah https://thursdaystagnation.top/petronas-gf/tb.php?oiesclfi1650589983456.
Menurutnya, hasil siasatan, pautan itu akan membawa pengguna ke laman web yang kelihatan seperti laman web cabutan bertuah yang dianjurkan pihak Petronas.
"Pengguna diminta untuk menjawab empat soalan kaji selidik ringkas yang dipercayai direka bagi tujuan mendapatkan data pengguna (phishing).
"Setelah selesai menjawab semua soalan, pengguna dikehendaki menghantar pautan tersebut kepada 20 orang yang lain," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Katanya, semakan mendapati, laman web tersebut adalah palsu dan tiada sebarang kaitan dengan pihak Petronas.
"Justeru, sebagai langkah pencegahan, orang ramai dinasihatkan untuk tidak melayari kandungan laman web tersebut kerana dipercayai mengandungi trojan atau malware yang boleh membahayakan data tersimpan di peranti milik pengguna.
"Sebarang nasihat atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!