MAINS serah lebih RM1 juta sumbangan Aidilfitri

Aminuddin (kanan) menyampaikan replika cek sumbangan kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Datuk Zaidi Ramli (kiri) sempena Majlis Iftar MAINS Bersama Media di Menara MAINS yang turut dihadiri Abdul Aziz, pada Jumaat. - Foto Bernama
Aminuddin (kanan) menyampaikan replika cek sumbangan kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Datuk Zaidi Ramli (kiri) sempena Majlis Iftar MAINS Bersama Media di Menara MAINS yang turut dihadiri Abdul Aziz, pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

SEREMBAN - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menyerahkan sumbangan Aidilfitri sebanyak RM1.84 juta kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan Institut Tahfiz Al Quran Negeri Sembilan (PINTA).

Pengerusinya, Datuk Dr Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir berkata, bantuan khas kewangan itu turut diberikan kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan Pusat Jagaan Anak Yatim di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan.

Beliau berkata, bantuan khas kewangan RM500 diberikan kepada guru KAFA setiap seorang melibatkan RM824,000; bantuan sokongan program PINTA (RM710,000) manakala PDK dan Pusat Jagaan Anak Yatim JKM sebanyak RM305,000.

"Syukur kepada Allah SWT, bagi tempoh suku pertama Januari hingga Mac, MAINS berjaya membuat kutipan zakat berjumlah RM29.5 juta,” katanya ketika berucap pada Majlis Iftar Ramadan MAINS, pada Jumaat yang turut dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

Abdul Aziz berkata, MAINS turut memperuntukkan RM7.31 juta bagi bantuan kepada golongan asnaf, anak yatim dan pelbagai institusi antaranya melibatkan bantuan bulanan, makanan asas, bantuan tambahan perayaan serta pengagihan juadah berbuka puasa kepada petugas barisan hadapan. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!