Lampard gembira jika Everton seri menentang Liverpool

Lampard - Foto Reuters
Lampard - Foto Reuters
A
A
A

PENGENDALI Everton, Frank Lampard mengakui dirinya sudah cukup gembira sekiranya anak buahnya berjaya mencatatkan keputusan seri ketika menentang Liverpool di Stadium Anfield pada Ahad.

Menurut Lampard, meskipun dia mengetahui bukanlah satu tugas yang mudah untuk mencuri mata di gelanggang lawan, namun satu mata itu dianggap penting tatkala The Toffees kini berdepan tekanan untuk mengelak daripada tersingkir ke divisyen dua buat kali pertama sejak 1954.

"Sudah tentu saya akan berpuas hati sekiranya mereka berjaya mendapat satu mata pada perlawanan menentang Liverpool.

"Sebab ia bukan satu tugas mudah untuk melawan mereka lagi-lagi mereka baru sahaja menang besar 4-0 ke atas Manchester United.

"Saya seorang yang realistik. Apabila anda melihat kedudukan di dalam liga, anda tahu kekuatan yang ada pada kami ketika ini," katanya.

Kali terakhir Lampard bertandang ke Anfield adalah ketika dia masih mengemudi Chelsea yang mana pasukan kendaliannya itu tewas 5-3 pada tahun 2020.

Untuk rekod, Everton kini berada satu tangga di atas zon penyingkiran, satu mata mengatasi Burnley di kedudukan ke-18 yang bermain lebih satu perlawanan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!