Bot bawa 60 migran karam di pantai Tripoli

Sebuah bot membawa 60 pendatang asing karam di luar pantai bandar Tripoli, Lubnan. - Gambar hiasan
Sebuah bot membawa 60 pendatang asing karam di luar pantai bandar Tripoli, Lubnan. - Gambar hiasan
A
A
A

BEIRUT - Sebuah bot membawa 60 pendatang asing karam di luar pantai bandar Tripoli, Lubnan, lapor Agensi Anadolu (AA) menurut Palang Merah Lubnan pada Sabtu.

"Bot yang membawa 60 penumpang itu karam. Pasukan Palang Merah Lubnan menghantar tujuh ambulans ke pelabuhan Tripoli untuk bantuan," ciapnya di Twitter.

Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA) melaporkan seorang remaja terbunuh dan 27 lagi mangsa hilang manakala yang lain diselamatkan tentera laut. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!