Bot persiaran hilang di Jepun, empat mangsa ditemukan

Empat penumpang bot pelancong KAZU 1 yang dilaporkan hilang di pantai Hokkaido Jepun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri. - Foto AFP
Empat penumpang bot pelancong KAZU 1 yang dilaporkan hilang di pantai Hokkaido Jepun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri. - Foto AFP
A
A
A

TOKYO - Empat penumpang bot pelancong KAZU 1 yang dilaporkan hilang di pantai Hokkaido Jepun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri, lapor Sputnik memetik penyiar NHK.

Dalam kemas kini pada Ahad, NHK melaporkan penyelamat menjumpai tiga lagi penumpang, namun keadaan mereka masih tidak dapat dipastikan.

Pada Sabtu, bot persiaran KAZU 1 menghantar isyarat kecemasan selepas belayar meninggalkan pelabuhan Utoro di Hokkaido.

Bot itu membawa 24 penumpang termasuk dua kanak-kanak serta dua anak kapal.

Sebuah helikopter dan kapal peronda telah dihantar ke lokasi bot itu disyaki hilang, tetapi penyelamat gagal menemukan kapal berkenaan. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!