Papan maklumat 'wira' Jepun diturunkan

Mohd Asmirul Anuar (dua, kanan) menurunkan papan maklumat tertera perkataan wira.
Mohd Asmirul Anuar (dua, kanan) menurunkan papan maklumat tertera perkataan wira.
A
A
A

ALOR SETAR - Papan maklumat kontroversi yang dikaitkan dengan gelaran wira kepada tentera Jepun yang menjajah negara, diturunkan petang tadi

selepas dikecam banyak pihak.

Exco Pelancongan, Mohd Asmirul Anuar Aris berkata, beliau sendiri bertindak menurunkan papan maklumat tersebut setelah wujud kekeliruan berhubung maksud sebenar perkataan itu.

Menurutnya, beliau mahu perkara itu diperbetulkan secepat mungkin agar tidak dimanipulasi pihak tertentu.

"Perkataan wira pada papan tanda itu akan ditukar kepada perkataan lain yang lebih tepat," katanya.

Papan tanda maklumat tersebut telah diturunkan sepenuhnya.
Papan tanda maklumat tersebut telah diturunkan sepenuhnya.

Mohd Asmirul Anuar berkata, mesej anti perang juga akan dipaparkan pada tugu itu, yang terletak di pekarangan pejabat pelancongan negeri itu.

Artikel Berkaitan:

"Ia akan menjadi simbol kepada generasi muda bahawa kita menolak peperangan serta sentimen perkauman yang membawa kepada peperangan," katanya.

Menurutnya, tugu itu sudah lama wujud di situ, ia hanya diperindahkan menerusi pembiayaan konsulat Jepun.

Isu terbabit tercetus apabila bahan promosi perasmian memorial Jambatan Sultan Abdul Halim yang siap dibaik pulih, dikritik ramai pihak.

Majlis anjuran Pejabat Konsulat Jepun dari Pulau Pinang dan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah serta Muzium Negeri Kedah itu

dikritik kerana didakwa mengagung-agungkan tentera penjajah Jepun sebagai wira.

Mohd Asmirul Anuar berkata, pejabat Konsulat Jepun melakukan proses pemulihan susulan tempat itu sebelum ini tidak terurus dan ditumbuhi semak.

Menurut papan maklumat tiga bahasa bersebelahan tapak tersebut, tugu peringatan ini bagi mengenang tindakan Komandan Platun Leftenan Hajima Asahi dan dua askar Jepun lain.

Ketiga-tiga mereka terkorban ketika cuba memusnahkan jambatan Alor Setar ketika penaklukan awal kuasa penjajah Jepun di Tanah Melayu dan Borneo pada 13 Disember 1941.

Khamis lalu, Mohd Asmirul Anuar merasmikan Tugu Peringatan Askar Jepun itu setelah siap dibaik pulih.

ARTIKEL BERKAITAN:Bukan iktiraf tentera Jepun sebagai wira

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!