Verstappen mahu perbaiki permulaan buruk

Max Verstappen. - Foto AFP
Max Verstappen. - Foto AFP
A
A
A

PEMANDU Red Bull, Max Verstappen akan berusaha sebaik mungkin memperbaiki permulaan buruknya dalam Emilia Romagna GP Sprint selepas mendapat peluang untuk memulakan perlumbaan di petak pertama pada Ahad.

Sebelum ini, Verstappen yang mendapat petak pertama untuk Red Bull pada sesi kelayakan di Imola pada Jumaat terpaksa akur tewas kepada pelumba Ferrari, Charles Leclerc selepas beraksi teruk dalam acara Sprint pada Sabtu.

"Permulaan sangat buruk dan kami perlu buat analisa mengapa ia berlaku seperti itu kerana saya fikir semua yang dilakukan pada minggu ini agak baik. Jadi ia agak pelik kenapa saya beraksi dengan teruk.

"Apabila saya melepaskan klac, jentera hanya banyak melakukan putaran roda dan tiada daya tarikan. Jadi permulaan saya sangat teruk,” kata Verstappen.

Dalam pada itu ketika ditanya sama ada bermula di bahagian grid yang lebih kotor akan memberi kesan kepadanya, Verstappen tidak melihat ia sebagai satu masalah kerana pelumba McLaren, Lando Norris berjaya melakukannya dengan baik.

"Lando mempunyai permulaan yang baik, jadi saya tidak lihat ia sebagai satu alasan untuk saya juga melakukan permulaan yang baik.

"Permulaan saya sungguh teruk pada hari ini. Jadi banyak perkara perlu saya lihat sebelum turun berlumba pada perlawanan seterusnya,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!