PKR perlu buang budaya politik ‘ala UMNO’: Rafizi

Rafizi
Rafizi
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu kembali kepada asal kelahiran parti iaitu sebuah gerakan rakyat dengan membuang budaya politik ‘ala UMNO’ yang bermewah dan bertema bangsawan.

Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, budaya sedemikian tidak boleh dibiar daripada terus membelenggu parti.

Malah, beliau juga mengambil langkah mengadakan pertemuan di siang hari semasa bulan Ramadan supaya kempen tidak bermewah dengan jamuan di hotel dan sebagainya.

“Saya berasa tenang dapat bersua muka kembali dengan sahabat-sahabat lama yang telah bersama lebih dua dekad.

“Dari raut wajah mereka, dari senyuman mereka, dari pesanan yang diberikan, saya faham mesej yang diberikan.

Kami sedia berjuang dan bermula dari bawah seperti dahulu.

“Kami hanya perlukan pimpinan parti yang tidak begitu selesa dengan pangkat dan kemewahan untuk bersama-sama kami.

Saya telah melalui empat pemilihan parti - 2010, 2014, 2018 dan 2022,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Ahad.

Rafizi dalam masa turut mengakui dirinya tidak pernah melihat semangat berkobar-kobar untuk bekerja dengan semangat lawan tetap lawan seperti yang ditunjukkan penyokongnya dalam siri jelajah kempennya kali ini.

Justeru, beliau mengajak semua ahli parti supaya membina membina semula kekuatan dan taring parti.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!